Aq ade ramai idola. Aq menjadikan sesiapa yg hebat sbgai idola aq. Mak bapak aq pon idola aq. Ko leh jadi idola aq. Aq leh jadi idola ko hahhaa..
Ade sorg nie aq kagum gilerr. Sejarah menggelarkan baginda dgn nama Sultan Muhammad Al-Fateh. Aq start kenal nama nie waktu form 4. Kt sekolah aq ade subjek Tarikh Islam so aq berlajar psl sejarah Islam. Aq mmg minat ngan sejarah Islam. Kalau sejarah Malaysia x layan sgt hahhaa... kt sini la aq mengenali baginda..
Nie aq nk cite ape yg aq kagum sgt ngan baginda ialah macam mana pada usia yg muda baginda mampu menerajui kerajaan islam dan yg paling gempak meralisasikan hadis nabi iaitu membebaskan konstantinopel.
Sabda Nabi Muhammad ketika menggali parit dlm perang Khandaq :"....Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." hadis Imam Ahmad
Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menguasai 7 bahasa. Aq suke strategi yg digunakan baginda ketika menawan Konstantinopel. Baginda mengarahkan mencipta meriam yg mampu menembak 300kg sejauh 1 batu pastu guna menara bergerak yg lebih tinggi dr dinding Byzantine yg leh memuatkan ratusan tentera.
Nie strategi paling rare laa cer ko bayangkan angkut 72 kapal tentera melalui gunung melepasi Teluk Golden Horn. Melastik dinding Byzantine dgn lastik yg besar. Mengepung selama 53 hari pastu serbu masok dan berjaya memacak bendera islam di dlm kubu Konstantinopel. Kemudiaan menukar nama Konstantinopel kpd Islambol kemudian ditukar oleh Mustafa Kamal Artantuk kpd Istanbul..

Aq kagum giler ngan Sultan Muhammad Al-fateh. Padahal tentera umat Islam sebelum nie x berjaya. Setelah 600 tahun dari hadis nabi baru berjaya...
Aq ingin jadi seperti mu Al-Fateh...

No comments:
Post a Comment