Pada peringkat awal diwajibkn perintah solat kepada umat islam selepas Rasulullah dan para sahabat sampai ke Madinah. Mereka berkiblatkan Masjidil Aqsa di Baitulmuqadis. Pertukaran kiblat ini telah menjadi satu kontroversi dan isu besar di Madinah pada waktu itu.
Orang Yahudi mengambil mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Kaum Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benardan diredhai Allah kerana meniru arah ibadah mereka iaitu menghadap ke Baitulmuqadis.
Lalu Allah سبحانه وتعالى turunkan ayat 142 dari Surah al-Baqarah:
سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
“Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya.”Katakanlah: “Kepunyaan Allah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram
.
Dalam Tafsir ath-Thabariy dijelaskan bahawa ketika
Rasulullah ﷺ.
berhijrah ke Madinah, sementara kebanyakan penduduknya adalah Yahudi, maka
Allah سبحانه وتعالى telah memerintah Baginda ﷺ
menghadap Baitul Muqaddis (sebagai kiblat).
Orang-orang Yahudi merasa gembira kerana Baitul Muqaddis
merupakan kiblat mereka. Selama berkiblat ke Baitul Muqaddis ini orang-orang
Yahudi selalu mencaci maki Rasulullah ﷺ. Mereka
berkata: “Muhammad menyanggah agama kita tetapi berkiblat kepada kiblat kita!” Dan
masih banyak lagi kutukan dan pelekehan mereka yang lain.
Umat Islam telah diduga dengan berbagai-bagai tohmahan dan
ujian. Para Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah ﷺ dan Baginda ﷺ
menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah
baru dari Allah سبحانه وتعالى.
Sikap orang-orang Yahudi tersebut membuat Nabi Muhammad ﷺ
tidak senang, dan setiap hari Baginda ﷺ berdoa menengadahkan
wajah mulianya ke langit dalam keadaan rindu agar Allah سبحانه
وتعالى menurunkan wahyu dipindahkan kiblat.
Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang
apa yang berlaku pada ketika itu dan Allah سبحانه
وتعالى telah mewahyukan agar Baginda ﷺ mengadap ke Baitullah
Kaabah.
Kebenaran daripada Allah سبحانه
وتعالى untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah ﷺ
yang dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Ini kerana Rasulullah ﷺ
sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta
pertukaran kiblat ke Kaabah.
Permintaan Rasulullah ﷺ tersebut telah
diperkenankan oleh Allah سبحانه وتعالى pada bulan Syaaban dengan turunnya ayat
144 dari surah Al-Baqarah yang mengandungi perintah untuk berpindah daripada
menghadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil
Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”.
Abu Hatim al Busti berkata: “Kaum Muslimin solat menghadap
Baitul Muqaddis selama 17 bulan 3 hari. Iaitu bermula sejak hari Isnin 12
Rabi’ul Awal tahun pertama Hijrah sehingga hari Selasa 15 Syaaban tahun ke-2
Hijrah.”
Solat yang pertama kali dilakukan pasca perpindahan kiblat
tersebut adalah solat Asar di Masjid Quba’. Rasulullah ﷺ
sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai
makmum. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua
kiblat).
. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa Baginda ﷺ mengimamkan solat. Sebahagiannya mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada pula yang meriwayatkan pada solat Isyak.